ARAU: Seorang wanita warga emas cedera di rusuk kiri selepas ditikam oleh anak lelakinya dengan sebilah keris hiasan di sebuah rumah di Jalan Teja 5, Rancangan Perumahan Awam (RPA) di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham itu pada 10.45 pagi sebelum ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, suspek yang berusia 31 tahun masih berada di kawasan rumah dan tiada pergelutan berlaku di antara pihak polis dan suspek manakala keris tersebut dijumpai di luar rumah.
"Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau telah menikam mangsa berusia 60 tahun menggunakan keris sepanjang 30 sentimeter di luar rumah tersebut," katanya kepada pemberita.
Ahmad berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Suspek yang kini dalam tahanan akan direman esok pagi bagi siasatan kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 17 2021
Polis menerima laporan mengenai insiden yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham itu pada 10.45 pagi sebelum ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan/ Facebook @Penjual Keris Johor
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Lelaki dakwa tikam ibu selepas terdengar 'bisikan' - Polis
Suspek berusia 38 tahun yang merupakan anak sulung mangsa mengaku menikam ibunya menggunakan pisau pemotong sayur sepanjang 26 sentimeter (cm).
Remaja tikam ibu diikat jamin, masih trauma
Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, remaja berusia 14 tahun itu dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya.
Pelajar tingkatan dua tikam ibu dengan pisau
Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah di daerah Pasir Puteh bertindak menikam ibunya dengan pisau dalam satu kejadian di Bukit Yong, malam tadi.
Lelaki tikam ibu dengan keris
Akibat perselisihan faham, seorang wanita warga emas berusia 60 tahun cedera di rusuk kiri selepas ditikam oleh anak lelakinya dengan sebilah keris.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung yang lumpuh
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya yang lumpuh, di rumah mereka di sini pada Selasa lepas.
Gara-gara hilang telefon, pemuda didakwa ugut tikam ibu sendiri
Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana didakwa cuba menikam ibu kandung dengan menggunakan sebilah pisau.